Matlamat Harta intelek

Matlamat yang dinyatakan oleh kebanyakan undang-undang harta intelek (dengan pengecualian cap dagang) adalah bagi "Menggalakkan kemajuan."[17] Dengan menukar hak esklusif terhad bagi pendedahan penciptaan dan kerja kreatif, masyarakat dan pemilik paten/hakcipta sama-sama beruntung, dan galakan dicipta bagi pencipta dan pengarang bagi mencipta dan mendeahkan kerja mereka. Sesetengah pengulas menyedari bahawa matlamat perundangan harta intelek dan mereka yang menyokong perlaksanaannya kelihatannya sebagai "perlindungan mutlak". "Sekiranya sesetengah harta intelek diingini kerana ia menggalakkan ciptaan, mereka berkata, lebih banyak lebih baik. Pemikiran disebaliknya adalah pencipta tidak akan mempunyai galakan yang mencukupi bagi mencipta kecuali mereka berhak secara perundangan bagi mendapatkan nilai sosial penuh bagi hasil ciptaan mereka".[18] Perlindungan mutlak ini atau pandangan nilai penuh melihat harta intelek sebagai satu lagi jenis harta "sebenar", biasanya menerima pakai undang-undang dan rhetorik mengenainya. Pembangunan baru lain dalam undang-undang hakmilik harta intelek, seperti Akta Penciptaan Amerika, menekankan keharmonian antarabangsa.

Rujukan

WikiPedia: Harta intelek http://resolver.scholarsportal.info.myaccess.libra... http://www.free-culture.cc/freeculture.pdf http://www.dklevine.com/archive/refs41222470000000... http://www.dklevine.com/papers/imbookfinalall.pdf http://www.globalizationandhealth.com/content/3/1/... http://www.google.com/books?id=u2aMRA-eF1gC&dq=sta... http://www.jlaw.com/Articles/copyright1.html http://www.ladas.com/Patents/USPatentHistory.html http://www.nytimes.com/2007/05/20/opinion/20helpri... http://www.philstar.com/Article.aspx?articleId=320...